Thursday 3 October 2013

INFO : Penipuan dan Realiti Sebenar Multi-Level-Marketing (MLM)


Penipuan #1 : MLM ialah satu bentuk perniagaan yang memberi peluang individu yang menyertainya menjadi kaya  
Realiti Sebenar : Kebanyakan orang yang melabur dalam Multi-Level-Marketing sebenarnya rugi berbanding dengan membuat keuntungan. Ini bukanlah pendapat saya, tetapi ini ialah fakta.
Di Amerika Syarikat yang mempunyai syarikat MLM paling hebat di dunia Amway, kajian menunjukan secara purata pengedar produk Amway di Amerika Syarikat hanya membuat pendapatan USD 40.00 untuk sebulan.
MLM hanya memberi keuntungan tinggi kepada segolongan kecil yang berada di piramid atas perniagaan ini. Manakala bagi yang selebihnya, majoriti daripada mereka hanya rugi semata-mata.
Penipuan #2 : Network Marketing adalah kaedah terbaik untuk membawa produk kepada pelanggan melalui jualan peribadi satu dengan satu. 
Realiti Sebenar : Jika dikaji secara mendalam, penjualan seorang kepada seorang adalah satu kaedah yang sudah lapuk. Ianya bukan perniagaan masa hadapan. Cuba anda kaji sikap pembeli di dalam diri anda dan di sekeliling anda.
Orang kebanyakannya suka membeli bukan daripada orang tertentu semata-mata. Mereka lebih suka membuat pilihan dan perbandingan berbanding dengan membeli sesuatu produk itu dengan harga yang lebih tinggi tanpa ruang untuk membuat perbandingan.
Oleh sebab itulah, MLM akhirnya bukan fokus terhadap penjualan barang tetapi lebih kepada mencari ejen downline untuk menyertai mereka.
Penipuan #3 : MLM adalah perniagaan masa hadapan, di mana semua produk akan dijual dengan kaedah MLM di masa hadapan. Tidak akan ada duit yang perlu dirugikan dengan pengiklanan
Realiti Sebenar : Untuk pengetahuan pembaca, MLM bukanlah sesuatu yang baru. Ia sudah bertapak sejak tahun 1960-an lagi. Walaupun ianya telah lama bertapak, sehingga ke hari ini hanya 1% daripada penjualan produk di Amerika Syarikat berlaku melalui syarikat MLM.
MLM tidak mungkin dapat menandingan perniagaan konventional yang sudah bertapak beribu tahun lamanya. Pembelian melalui MLM juga hanya berlaku untuk individu-individu yang ingin menyelamatkan diri dengan kekal berada di dalam piramid yang sedia ada.
Tenaga yang selebihnya perlu digunakan untuk merekrut orang bawahan yang juga akan membeli untuk menyelamatkan diri mereka.
Penipuan #4 : MLM boleh dilakukan di masa lapang. Di mana anda boleh membuat perniagaan ini secara part-time tanpa mengabaikan kerja atau perniagaan sedia ada. 
Realiti Sebenar : Jika anda mempunyai pengalaman bertemu dengan orang MLM, mereka yang benar-benar komited akan bekerja siang malam untuk mempengaruhi orang lain. Hidup mereka didedikasikan sepenuhnya kepada ‘perniagaan’ ini.
Memandangkan dalam MLM ‘semua orang adalah prospek’, maka mereka akan merosakan setiap detik yang ada untuk mempengaruhi orang lain sepanjang masa sehinggalah mereka sendiri gagal.
Penipuan #5 : MLM adalah perniagaan dan keusahawanan 
Realiti Sebenar : MLM bukanlah bermaksud anda bekerja sendiri atau memiliki perniagaan. Terma “memiliki perniagaan” ini dimomokan kepada pengamal MLM supaya mereka setia dan berusaha keras untuk membantu syarikat untuk menjual barang dan mempengaruhi lebih ramai orang.
Realitinya, anda tidak mempunyai kuasa ataupun suara dalam syarikat ‘anda’ itu. Anda hanyalah titik kecil dalam satu sistem piramid syarikat. Lagi pula, setiap syarikat MLM mempunyai perjanjian dengan pelabur yang mana anda boleh dikeluarkan dari sistem piramid ini jika anda tidak menjana jualan.
Nasihat saya 
Elakkan terjebak dengan MLM ini. Gunakan tenaga yang anda ada itu untuk memulakan perniagaan anda sendiri.
 Sumber : MLM

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...