Wednesday 2 October 2013

INFO : Laporan Audit Negara 2013

Kerajaan bayar RM1.6j untuk K-Pop hari belia

Kerajaan pada tahun lalu bersungguh-sungguh menafikan bahawa usaha untuk membawa masuk kumpulan hiburan K-Pop bagi acara Hari Belia Negara 2012 ditanggung dengan wang rakyat.
Laporan Audit Negara 2012 bagaimanapun mendapati sebaliknya – tiga kumpulan itu didapati dibawa masuk dengan kos RM1.6 juta yang ditanggung kerajaan.

Kementerian itu juga ditegur atas "perbelanjaan tinggi" dan "tidak "selaras dengan peraturan perbelanjaan berhemat" bagi belanja lain untuk sambutan tersebut – berjumlah hampir RM3 juta.

Tiga kumpulan K-Pop – U-Kiss, Teen-Top dan Dal shabet – ditampilkan untuk persembahan ke acara tersebut oleh syarikat Stadium First Sdn Bhd.

Ketua setiausa kementerian Mohd Mohamad dalam laporan Bernama tahun lalu menyatakan bahawa kos untuk membawa masuk persembahan tersebut ditanggung oleh penaja.

kerajaan sekali lagi telah mengencengni rakyat bukan saja kene kencing malah berak cirit kerana sebelum ini bermatian2 menafikan telah menaja 3 kumpulan k-pop utk melakukan dosa dgn mendedahkan aurat dgn cara melenggok2 didepan anak kecil dan bapaknya. kos yg ditaja dgn duit cukai rakyat itu adalah sebanyak rm1.6juta yg mana duit itu boleh buat byk bende yg berfaedah dari memberi kepada org kafir yg hanya dtg sini dan mengoyangkan punggung shj. sedarlah korang... tak serik2 lagi ker?




Kisah lapangan terbang dengan 599 lubang

Bukan pemandu kereta dan motosikal sahaja perlu mengelak jalan berlubang setiap hari, tetapi mungkin juga pemandu kapal terbang.

Laporan Ketua Audit Negara 2012 mendapati, tempat pendaratan pesawat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu mempunyai 599 lubang di landasan dan jalan rayap, sehingga ia dibetulkan.
 

Paling buruk, seorang juruterbang dipetik mengadu kesukaran mendapat dalam keadaan cuaca buruk, "terutamanya jerebu", kerana Sistem Pendaratan Berpandu (ILS) yang dibeli pada Jun 2008 masih belum dipasang.

Juruterbang yang tidak dinamakan itu, yang menerbangkan pesawat Malaysia Airlines memberitahu pasukan audit bahawa ILS diperlukan untuk semua penerbangan komersil dan tanpanya membahayakan keselamatan penumpang.

Kementerian Pengangkutan bagaimanapun berkata, ILS tidak menjejaskan keselamatan operasi pesawat dan banyak lapangan terbang di dunia tidak mempunyai sistem begitu.

Semua 599 lubang itu telah ditampal oleh kontraktor Global Upline Sdn Bhd (GUSB, walaupun perkhidmatannya ditamatkan selepas itu.

pilot di kota kinabalu terpaksa menghadapi maslah yg sama dgn pemandu kereta dan motosikal iaitu mengelak dari lubang di jalan. seorang pilot memberitahu bahawa lapangan terbang disitu membahayakan penumpang kerana tidak dipasang sistem ILS walaupun bende tu dah dibeli pada tahun 2008. menteri yg bijak pandai dan lbh pandai dari pilot yg melalui jalan itu setiap hari menyatakan bahawa perkara tu tak bahaya sbb lapangan terbang kota kinabalu lebih baik dari negara jiran. lubang2 itu telahpun ditutup tapi yg peliknya oleh syarikat yg telah ditamatkan kontrak

 

4 kolej komuniti beli CCTV dengan harga berbeza

Kos pemasangan Kamera Litar Tertutup (CCTV) di empat kolej komuniti berbeza iaitu antara RM35,350 dan RM281,249 ekoran ketidakseragaman dalam penyediaan 'Bill of Quantities' (BQ), menurut Laporan Ketua Audit Negara 2012.

Perolehan di empat kolej komuniti itu ialah sebanyak RM35,350 di Kolej Komuniti Segamat 2, Johor; Kolej Komuniti Selandar (RM139,200), Kolej Komuniti Masjid Tanah, Melaka (RM281,249) dan Kolej Komuniti Gerik, Perak (RM144,900).

Menurut laporan audit yang dibentangkan di Dewan Rakyat, semakan audit mendapati ketidakseragaman di empat kolej itu berlaku kerana BQ ada diperincikan di Kolej Komuniti Masjid Tanah dan Kolej Komuniti Gerik manakala di Kolej Komuniti Segamat 2 dan Kolej Komuniti Selandar, BQ dijumlahkan.

Laporan itu menyatakan perbandingan antara BQ yang tidak dijumlahkan iaitu Kolej Komuniti Masjid Tanah dan Kolej Komuniti Gerik mendapati perbezaan harga yang ketara.

Maklum balas Kementerian Pengajian Tinggi yang diterima pada 19 April dan 31 Mei 2013 menyatakan perbezaan harga yang ketara disebabkan projek berkenaan ditender kepada pelaksana berbeza.

Kementerian juga menyatakan bahawa kemunasabahan harga telah dinilai semasa proses penilaian tender dan secara keseluruhan kos projek.

Kementerian juga menyatakan telah menubuhkan jawatankuasa siasatan untuk menyiasat kes berkenaan.

kerajaan membiayai kos pemasangan cctv di 4 kolej yg dgn perbezaan yg ketara antara RM35,350 dan RM281,249. walaubagaimanapun menteri2 yg bijaksana menjawab perkara ini terjadi kerana penerima tender yg berbeza. audit negara pulak mnyatakan sbb ketidakseragaman dalam penyediaan 'Bill of Quantities' (BQ). mungkin menteri lagi bijak dari audit negara

 

Kos projek pembetungan naik RM121.6j

Projek rangkaian paip pembetungan di Kuala Sawah, Seremban, Negeri Sembilan yang 'sakit' ekoran kelewatan kontraktor asal menyiapkan projek memberi impak kepada kerajaan dari aspek kos berikutan peningkatan kos keseluruhan projek daripada RM81.45 juta kepada RM121.65 juta.

Menurut Laporan Ketua Audit Negara 2012 yang dibentangkan di Dewan Rakyat semalam, semakan audit mendapati Jabatan Perkhidmatan Pembetungan (JPP) masih belum menuntut kerugian itu memandangkan kerja-kerja pembinaan oleh kontraktor penyelamat masih dalam peringkat pelaksanaan.

Mengikut syarat kontrak, kerajaan boleh menuntut sebarang kerugian daripada kontraktor asal jika kontrak ditamatkan akibat kegagalan menyiapkan projek.

Menurut laporan audit itu, maklum balas JPP yang diterima pada 8 Mac 2013 menyatakan bahawa pelantikan kontraktor itu bukan seperti yang disyorkan Jawatankuasa Penilaian Tender JPP dan Lembaga Perolehan A, Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air.

Bagaimanapun, JPP telah memantau dan membantu kontraktor dalam pelaksanaan projek namun kontraktor tidak berupaya menyiapkan projek berkenaan.

JPP dalam maklum balasnya menyatakan terpaksa mengambil langkah penamatan pengambilan kerja kontraktor mengikut prosedur dan peruntukan kontrak sedia ada.

Menurut jabatan itu, kerugian yang dialami oleh kerajaan dan/atau ganti rosak yang berlaku kepada kerajaan akan dituntut secara terus daripada kontraktor.

Tuntutan dijangka dikemukakan pada Julai 2013, menurut maklum balas JPP dalam laporan audit itu.

Sehubungan itu, laporan itu mengesyorkan kepada JPP supaya menyenaraihitamkan kontraktor yang gagal menyiapkan kerja pembinaan projek pembetungan mengikut syarat kontrak.

kerajaan terpaksa menaikkan kos projek rangkaian paip pembentungan di kuala sawah n9 dari rm81.45juta kepada rm121.65juta akibat kegagalan kontraktor gagal menyiapkan projek tersebut dan sehingga kini kerajaan belum menuntut gantirugi walaupun dlm agreemnet membolehkan utk menuntut gantirugi

 

RM38,000 rugi akibat kempen 'b0d0'

Keputusan Kementerian Kesihatan menggelar perokok sebagai golongan “b0d0” dalam bahan promosi kempen menyebabkan RM38,750 terbuang apabila bahan tersebut didapati tidak sesuai.
Laporan Ketua Audit Negara 2012 mendapati kementerian tersebut membuat pesanan bagi 300 beg galas dengan kos RM19,500 dan 3,500 buku nota pada harga RM19,250 dengan slogan 'Smoking, a stupit habit for stupit people (Merokok, satu tabiat b0d0 untuk orang b0d0)'.

NONEBahan tersebut bagaimanapun tidak diedarkan kerana bahasa yang digunakan itu dianggap tidak sesuai, menurut laporan berkenaan.

Tapi bukan itu sahaja, laporan itu menyebut sebanyak 63,000 kempen kementerian terbabit, berjumlah lebih RM31,200 juga mengandungi kesalahan ejaan.

Ketua Audit Negara menasihatkan kementerian tersebut untuk menggunakan bahasa lebih mudah dalam kempennya, dengan mengambil contoh satu kempen papan iklan bagi memerangi AIDS yang menggunakan terjemahan langsung dari bahasa Inggeris.
 

Laporan itu mendapati, terjemahan berkenaan – “Ke arah eliminasi transmisi vertikal” – sukar difahami dalam bahasa Melayu.

Menurut laporan itu lagi, penggunaan bahasa seperti itu menjejaskan keberkesanan kempen kesihatan tersebut.

Frasa yang dimaksudkan itu sepatutnya merujuk kepada jangkitan oleh ibu kepada anak.

Kementerian berkenaan dalam jawapannya menyebut, satu pasukan redaksi dilantik untuk memeriksa kesemua bahan kempennya dan akan turut mendapatkan nasihat Dewan Bahasa dan Pustaka.

kerajaan membelanjakan rm19,500 utk 300 beg galas, rm19,250 utk 3500 buku nota yg mana buku nota itu tidak diedarkan kerana perkataan "b0d0" tak sesuai utk rakyat dan beberapa kempen lain bernilai rm36,000 yg tidak digunakan akibat salah ejaan.

 

Keselamatan RM2 bilion di sekolah sia-sia

Laporan Ketua Audit Negara 2012 mendedahkan salah pengendalian teruk sehingga RM2.051 bilion dalam mengupah kontraktor keselamatan untuk sekolah antara 2010 hingga 2012.

Daripada penyediaan kontrak sehingga mengambil pengawal keselamatan, ketua audit negara berkata, pengurusan perkhidmatan keselamatan di 35 sekolah dan asrama yang ditinjau rata-rata tidak memuaskan.

Audit, yang melibatkan sekolah-sekolah di Selangor, Perlis dan Sabah, mendapati bahawa kontraknya tidak seragam.

Tidak dinyatakan juga keperluan khusus yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan.

Ini termasuk, pelaksanaan sistem jam jaga, bagi memastikan dua pengawal bertugas untuk satu-satu masa dan spesifikasi kamera CCTV dan sistem penggera.

kerajaan membelanjakan rm2.051 bilion kepada kontraktor yg memberikan perkhidmatan yg teruk utk 35 buah sekolah

 

Makanan lebih tarikh luput ditemui di stor TLDM

Bekalan makanan kering untuk Tentera Laut Diraja Malaysia yang tamat tempoh selama hampir setahun didapati masih disimpan di stor pasukan berkenaan sehinggalah dikesan oleh Jabatan Audit Negara.

Laporan Ketua Audit Negara 2012 menyebut, rangsum itu termasuk kiub pati ayam dan cuka, yang tamat tempoh pada September 2011 tetapi masih disimpan di stor tersebut pada Julai 2012.

NONEMenurut laporan itu, bekalan itu juga disimpan dengan tidak baik dan berisiko menyebabkan keracunan makanan kepada anggota tentera laut.

“Kebersihan rangsum di Wisma Samudera terjejas kerana terdapat serangga perosak di dalam bungkusan agar-agar dan serbuk kari yang boleh mengakibatkan keracunan makanan.

“Manakala di KD Sultan Badlishah, bungkusan agar-agar dan mihun terbuka serta terdedah kepada serangga perosak sekali gus menjejaskan kualiti rangsum tersebut.

NONE“Selepas teguran Audit, tindakan serta merta telah diambil seperti menyusun, mengemas dan membersihkan stor pengguna tersebut,” laporan itu dipetik.

Makanan yang tamat tempoh itu juga dilupuskan selepas audit dijalankan tahun lalu, menurut laporan itu lagi.

Dalam laporan tersebut, Jabatan Audit menasihatkan Kementerian Pertahanan agar memastikan rangsum yang dipesan bagi TLDM itu ditanda dengan baik bagi memastikan tarikh luputnya masih dapat dibaca.

Ia juga menyatakan, kementerian menandatangani kontrak dengan nilai lebih besar daripada yang diperlukan dalam bekalannya.

kerajaan menandatangani kontrak memesan makanan TLDM yg lebih besar dari apa yg diperlukan sehingga byk makanan luput tarikh kerana tidak digunakan



Polis hilang senjata api, gari

Laporan Ketua Audit Negara 2012 mendedahkan bahawa pasukan Polis Diraja Malaysia merekodkan sejumlah 309 barangan dalam bentuk senjata api, gari dan kenderaan yang didapati hilang.
NONEBarangan yang hilang itu direkodkan dalam tempoh 2010 hingga 2012, melibatkan kerugian berjumlah RM1.33 juta.

Ia melaporkan bahawa kehilangan gari mencatat kes paling tinggi, sebanyak 156, diikuti senjata api (44) dan kenderaan polis (29).

Jenis senjata api yang dilaporkan hilang itu bagaimanapun tidak dinyatakan.

Turut dilaporkan hilang ialah 26 walkie-talkie, enam kamera, empat komputer dan 22 radio.

Laporan berkenaan juga mendapati tahap pengurusan yang tidak memuaskan di ibu pejabat polis Bukit Aman dan tiga ibu pejabat polis kontinjen negeri.

Menurut laporan itu lagi, Jabatan Kastam Diraja Malaysia turut membazirkan RM600,000 dalam perolehan sebanyak 7,659 pasang kasut yang tidak mengikut spesifikasi.

Kasut berkenaan dilaporkan rosak selepas simpanan yang lama, laporan itu dipetik.

kerajaan kerugian rm1.33juta akibat kehilangan senjata api, gari dan kenderaan dan juga membazirkan rm600,000 untuk 7,659 pasang kasut yang tidak mengikut spesifikasi.



Belanja RM320 ribu untuk FB, Twitter dipersoal

Ketua audit negara mempersoalkan bayaran sebanyak RM320,000 oleh kementerian kesihatan kepada dua syarikat untuk dua kempen dalam talian menerusi Facebook dan Twitter.

NONEPerbelanjaan itu yang dibuat sewaktu kementerian itu diterajui Datuk Seri Liow Tiong Lai sebahagiannya adalah bayaran sebanyak RM199,068 kepada Eficaz Media Sdn Bhd untuk laman Facebook kempen 'Tak Nak Merokok'.

Laman Facebook kedua dan akaun Twitter yang dibangunkan Astonish View Sdn Bhd untuk 'Kempen intervensi penyakit tidak berjangkit' pula menelan belanja RM120,500.

Laporan Ketua Audit Negara 2012 itu mengulas skop dua tugas yang hampir sama itu tetapi menyaksikan Astonish View dibayar RM120,500 untuk membangunkan akaun Facebook dan Twitter itu.

Sementara, Eficaz Media pula dibayar jumlah yang lebih tinggi hanya untuk membangunkan satu laman Facebook. 

Laporan itu maklum bahawa Eficaz Media dilantik untuk gtempoh Julai sehingga Disember 2011 dan bayaran penuh dibuat berdasarkan jumlah 'Likes' yang diperolehi laman itu, yang ditetapkan sebanyak 100,000.

kerajaan membazirkan duit hanya utk membangunkan 2 laman web iaitu twiter dan facebook yg mana 2 bende ni budak sekolah rendah pun boleh buat



Kegunaan pesawat polis RM175j tak memadai

Pasukan polis memperolehi lima buah pesawat Beechcraft King Air 350 dengan kos US$58.25 juta (RM175.24 juta) untuk kegunaan unit udaranya.

Pesawat berkenaan bertujuan untuk menaiktaraf keselamatan udara negara.

Bagaimanapun, dalam tempoh lima tahun kegunaannya, sebuah daripada pesawat berkenaan tidak dibenarkan terbang dalam tempoh lapan bulan, di antara September 2011 hingga April 2012.

NONESebuah lagi tidak boleh digunakan di antara Jun dan November 2012.

Hanya tiga buah daripada lima yang dipesan itu telah diterima setakat ini.

Projek itu dianugerahkan selepas rundingan terus dengan Hawker Pacific Airservices Ltd, melalui ejennya, EZ Aviation Sdn Bhd.

Kementerian dalam negeri melaporkan bahawa pesawat berkenaan tidak dapat digunakan kerana peruntukan kewangan yang tidak mencukupi.

Ia juga menyebut, Pasukan Gerakan Udara akan menggunakan bahagian pesawat yang tidak digunakan bagi alat ganti untuk pesawat lain.

Laporan Ketua Audit Negara menyebut, kesemua pesawat pasukan tersebut sepatutnya berada dalam keadaan selamat untuk kegunaan setiap masa.

Ia turut menemui kelemahan dalam proses penyediaan dan perancangan, yang menyebabkan unit berkenaan terpaksa bergantung kepada syarikat swasata bagi penyelenggaraan pesawat berkenaan.

Laporan Ketua Audit Negara menyarankan agar tindakan segera diambil bagi memastikan unit berkenaan menjadi organisasi yang dapat menyelenggara pesawatnya sendiri berdasarkan piawai yang ditetapkan.

Ia turut mendapati tiga pesawat berkenaan hanya merekodkan penerbangan selama 43 jam untuk memantau jenayah dan 89 jam untuk ketenteraman awam antara 2010 hingga 2012.

Ia didapati lebih banyak digunakan untuk sokongan operasi dan latihan, masing-masing melibatkan 2,223 jam dan 672 jam.

Jumlah masa ini didapati tidak memadai dengan tujuan pembelian dan penyelenggaraannya, menurut laporan itu lagi.

Kementerian Dalam Negeri dalam jawapannya menyebut, kewangan unit udara tersebut terhad dan ia mendapatkan peruntukan tambahan berjumlah RM194.75 juta untuk penyelenggaraan pesawat berkenaan pada November 2012.

Laporan Ketua Audit Negara juga mencadangkan agar juruterbang dan jurutera disediakan secukupnya untuk mengendalikan pesawat terbabit bagi memastikan ia digunakan dengan optimum.

kerajaan membeli 5 buah pesawat bernilai rm175.24juta. wlaubagaimanapun hanya 3 biji jer yg sampai. yg 1 biji tak boleh terbang selama 8 bulan. 1 biji lagi tak boleh terbang 6 bln. pasukan gerakan udara akan gunakan pesawat yg tak boleh terbang tu sebagai alat ganti (WTF!) ketiga2 pesawat ni hanya mencatatkan rekod terbang selama 43jam utk memantau jenayah dan 89jam utk ketenteraman awam dlm masa 2 tahun. selebihnya byk utk latihan. kerajaan juga terpaksa menambah peruntukan sebanyak rm194.75juta utk penyelengaraan yg mana diorg tak tau selengara sendiri (aik... selengara lbh mahal dari harga 5 biji pesawat?) padahal audit negara kata diorg boleh kalau ada rancangan awal. kontrak itu dilakukan secara terus.


Update
Kerajaan Rasuah Terdedah RTM bayar RM3,810 untuk jam RM100 – Audit Negara

Radio Televisyen Malaysia (RTM) membelanjakan RM3,810 untuk satu jam dinding yang hanya berharga RM100, lapor Jabatan Audit Negara dalam laporan tahunan mereka.

Rangkaian televisyen yang dimiliki kerajaan Malaysia itu mempunyai 20 biji jam yang sama dan harga keseluruhan yang dibayar adalah RM76,200.

Laporan itu seterusnya menjelaskan yang jam dinding itu adalah komponen dikenali sebagai “slave clocks”.

Ia sebahagian daripada sistem jam induk yang dihubungkan dengan satelit untuk membantu penyelarasan masa siaran dan bernilai RM116,220.

Bagaimana pun, sistem jam induk itu gagal berfungsi dan jam dinding berteknologi tinggi itu akhirnya digunakan sebagai jam dinding biasa.

RTM juga didapati membayar harga 24 kali ganda untuk satu pengimbas bersaiz A4 dan membayar empat kali ganda untuk pengimbas bersaiz A3.


sumber : carigold, malaysiakini


MALAYSIA MASIH AMAN
CAI

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...