Sunday 8 September 2013

INFO : MAKNA DISEBALIK LOGO TERKENAL DUNIA

Setiap syarikat yang terkenal di dunia rata-ratanya mempunyai logo syarikat yang menarik, ringkas dan mampu menarik perhatian pelanggan.

Walaubagaimana pun,logo-logo yang dihasilkan bukan sahaja digunakan untuk mewakili sesebuah syarikat malah dicipta untuk mempunyai makna yang tersembunyi yang tidak mampu dikesan sekiranya dipandang buat kali pertama.

Kalau nak tahu apa makna tersebut, meh usha kat bawah ni..



1. Amazon

http://tipsmalaya.blogspot.com/2013/09/info-makna-disebalik-logo-terkenal-dunia.html

Anda mungkin tertanya-tanya sebab apa terdapat anak panah dalam logo Amazon yang menghala dari abjad 'A' ke 'Z'.

Sebab sebenar bagi kehadiran anak panah tersebut adalah untuk menunjukkan bahawa semua benda yang dijual dari 'A' ke 'Z' ada di Amazon.

Selain itu, anak panah tersebut juga boleh mewakili satu senyuman.


2. Apple



Logo Apple yang menunjukkan sebiji epal yang telah digigit sebenarnya di ambil dari sebiji buah dari "Tree of Knowledge" mengenai kisah Adam dan Hawa dalam kitab Injil.

3. IBM

http://tipsmalaya.blogspot.com/2013/09/info-makna-disebalik-logo-terkenal-dunia.html

Garisan putih yang melintasi logo IBM ini menyerlahkan bentuk tanda 'sama', yang membawa mesej "kesaksamaan".


4. Mobil

http://tipsmalaya.blogspot.com/2013/09/info-makna-disebalik-logo-terkenal-dunia.html

Logo yang mudah lagi bermakna dari Mobil ini dicipta dari warna merah dan biru.

Warna merah di dalamnya menunjukkan 'kekuatan' manakala warna biru menunjukkan kesetiaan dan keselamatan dalam syarikat.



5. FeDex

http://tipsmalaya.blogspot.com/2013/09/info-makna-disebalik-logo-terkenal-dunia.html

Logo FedEx walaupun nampak ringkas namun mempunyai makna yang tersembunyi di dalamnya.

Jika anda perhatikan dengan teliti huruf 'Ex' di dalam logo tersebut, anda akan mendapati terdapat satu anak panah putih di tengah-tengah abjad 'E' dan 'X' yang menghala ke kanan.

Anak panah ini membawa maksud pentingnya dalam menuju masa hadapan.



6. Audi

http://tipsmalaya.blogspot.com/2013/09/info-makna-disebalik-logo-terkenal-dunia.html

Empat bulatan dalam logo tersebut membawa kepada maksud 4 syarikat berlainan iaitu DKW, Horch, Wanderer dan Audi yang merupakan sebahagian Konsortium Kesatuan Auto pada 1932.


7. BMW

http://tipsmalaya.blogspot.com/2013/09/info-makna-disebalik-logo-terkenal-dunia.html

Logo bulat pada logo BMW yang kelihatan seperti kipas kapal terbang yang sedang bergerak manakala warna putih mewakili udara.

Ini kerana BMW merupakan pengeluar enjin untuk kapal terbang tempur Jerman semasa perang dunia Ke-2.



8. Mercedes-Benz

http://tipsmalaya.blogspot.com/2013/09/info-makna-disebalik-logo-terkenal-dunia.html

Logo yang mempunyai bintang 3 bucu ini, yang terdapat tempat kosong di antara bucu ini mewakili air, darat dan udara.

Ini bermakna Mercedes dominan ke atas ketiga-tiga elemen ini.




9. Toyota

http://tipsmalaya.blogspot.com/2013/09/info-makna-disebalik-logo-terkenal-dunia.html

Logo syarikat automotif terkenal di Jepun ini mempunyai tiga bulatan elips.

Setiap satu bulatan elips ini mewakili hati pelanggan, jantung produk dan jantung kemajuan teknologi serta peluang tanpa had di masa hadapan.


10. Volkswagen

http://tipsmalaya.blogspot.com/2013/09/info-makna-disebalik-logo-terkenal-dunia.html

Pengeluar automotif Jerman, Volkswagen mempunyai dua abjad di dalam logo nya iaitu 'V' dan 'W' yang membawa maksud 'Volks' untuk rakyat dan 'Wagen' untuk kereta.


11. Alfa Romeo

http://tipsmalaya.blogspot.com/2013/09/info-makna-disebalik-logo-terkenal-dunia.html

Salib merah untuk mengingati jasa Giovanni Da Rio yang terkenal sebagai orang pertama yg memanjat tembok Jerusalem dan mengibarkan bendera ini ketika perang salib I.

Simbol sebelahnya adalah gambar naga pemakan manusia yang konon menghabiskan penduduk Milan pada awal abad 5 Masehi.



12. Lotus


http://tipsmalaya.blogspot.com/2013/09/info-makna-disebalik-logo-terkenal-dunia.html

Lihat huruf ACBC di atas tulisan Lotus? itu adalah nama pengasas jenama ini, Anthony Colin Bruce Chapman.


13. Yamaha

http://tipsmalaya.blogspot.com/2013/09/info-makna-disebalik-logo-terkenal-dunia.html

Yamaha memakai lambang 3 garpu tala kerana pada awalnya mereka adalah pengeluar alat muzik.

Garpu tala berguna untuk mengatur nada pada alat muzik.



14. Toshiba

http://tipsmalaya.blogspot.com/2013/09/info-makna-disebalik-logo-terkenal-dunia.html

Toshiba dibentuk pada tahun 1939, merupakan hasil gabungan dari dua perusahaan.

Tokyo Denki adalah perusahaan yang bergerak dibidang consumer goods dan perusahaan mesin Shibaura Seisakusho.

Mengambil beberapa huruf didepan dari masing-masing perusahaan "TO" dan "SHIBA" maka lahirlah jenama Toshiba.



15. Kodak

http://tipsmalaya.blogspot.com/2013/09/info-makna-disebalik-logo-terkenal-dunia.html

George Eastman merupakan pengasas dari perusahaan kodak pada tahun 1888.

Eastman mencari nama yang pendek untuk dijadikan jenama dengan alasan lebih mudah diucapkan.

Kemudian dia mengatakan bahwa dirinya menyukai huruf "K" kerana memiliki kesan yang kuat dan tajam dibanding dengan huruf yang lain.

Setelah itu Eastman ingin memiliki sebuah jenama yang diawali dan diakhiri dengan huruf "K", setelah bermain dengan huruf akhirnya dia mendapatkan sebuah nama'KODAK'.



16. Mitsubishi

http://tipsmalaya.blogspot.com/2013/09/info-makna-disebalik-logo-terkenal-dunia.html

3 berlian melambangkan 3 armada kapal yang dimiliki oleh pengasas syarikat ini pada waktu awal didirikan.


17. Lamborghini

http://tipsmalaya.blogspot.com/2013/09/info-makna-disebalik-logo-terkenal-dunia.html

Logo ini melambangkan zodiak pemilik (Kerbau = Taurus)Ferrucio Lamborghini.

Dia juga pecinta pertunjukkan matador.



18. Carrefour

http://tipsmalaya.blogspot.com/2013/09/info-makna-disebalik-logo-terkenal-dunia.html

Carrefour bermaksud "persimpangan jalan".

Logonya menunjukkan panah yang saling membelakangi yang membentuk huruf "C".



19. Toblerone

http://tipsmalaya.blogspot.com/2013/09/info-makna-disebalik-logo-terkenal-dunia.html

Mungkin yang ada dalam fikiran tentang logo ini yang hanya gambar seperti Alpen Swiss?

Toblerone berasal dari Bern, Swiss, sebuah bandar yang digelar Kota Beruang.

Sekarang tengok logonya sekali lagi.

Ada beruang tak disitu?



20. Ferrari

http://tipsmalaya.blogspot.com/2013/09/info-makna-disebalik-logo-terkenal-dunia.html

Lambang kuda Ferrari yang terkenal berasal dari lambang Ace (pesawat terbang) Angkatan Udara Itali ketika perang dunia 1, milik Count Francesco Baracca.

Lambang ini ditulis di samping pesawatnya sebagai pembawa kejayaan.



21. Porsche

http://tipsmalaya.blogspot.com/2013/09/info-makna-disebalik-logo-terkenal-dunia.html

Gambar tanduk dan garis merah hitam adalah lambang tentera Kerajaan Wruttemberg (abad pertengahan).

Stuttgart adalah bandar kilang perusahaan Porsche.



22. Baskin Robins

http://tipsmalaya.blogspot.com/2013/09/info-makna-disebalik-logo-terkenal-dunia.html

Baskin Robbins menawarkan 31 jenis ais krim buatannya.

Nombor 31 tersebut tersembunyi diantara huruf B dan R.



23. Unilever

http://tipsmalaya.blogspot.com/2013/09/info-makna-disebalik-logo-terkenal-dunia.html

Huruf "U" adalah simbol yang mewakili beribu-ribu produk yang berbeza dihasilkan oleh syarikat ini.

Lihat dengan teliti dan anda akan menjumpai objek-objek yang memenuhi konsep pemakanan, kebersihan dan penjagaan diri.



sumber : google.com

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...