Monday, 16 September 2013

INFO : PELABURAN EMAS MALAYSIA


Setiap pelanggan, individu dan orang ramai bertanyakan mengenai pelaburan emas di Malaysia, secara konsepnya, pelaburan emas ini adalah “beli dan simpan emas”, dengan maksud melabur dengan membeli emas (ia tidak bermakna emas tersebut diniagakan dimana-mana pasaran), cuma harga emas di dunia yang naik dan turun secara moderate akan mengubah nilai simpanan saudara. Apabila harga emas semakin naik, emas tersebut boleh dijualkan atau emas tersebut terus disimpan untuk satu tempoh masa yang lama. Bayangkan pada zaman Rasulullah S.A.W 1 Dinar (4.25g emas ketulenan 916%) boleh membeli seekor kambing dan pada hari ini juga emas 1 Dinar boleh membeli seekor kambing.
Apatah lagi Abu Bakar Ibn Abi Maryam melaporkan bahawa beliau mendengar Rasulullah S.A.W telah bersabda: ”Akan tiba suatu zaman di mana tiada apa yang bernilai dan boleh digunakan oleh umat manusia. Maka simpanlah dinar (emas) dan dirham (perak) untuk digunakan.” Hadith riwayat Imam Ahmad Ibn Hanbal.
Ada banyak faktor naik turun emas di pasaran semasa dunia, antaranya ialah:
1. Harga Pasaran Dollar (USD) dan Pasaran Makroekonomik Dunia.
Kenaikan tekanan inflasi semasa, defisit dagangan menggunakan dollar dan pengelakan penggunaan matawang dollar dalam dagangan global akan menaikkan nilai emas.
2. China, India dan Pasaran Asia.
Dua negara yang mempunyai populasi terbesar di dunia seperti China dan India turut mengubah landskap harga emas pasaran dunia. Memiliki emas di China baru sahaja dibenarkan pada tahun 2004, kemampuan rakyat China untuk memiliki emas semakin naik, permintaan emas menjadi lebih tinggi. Sementara India pula merupakan pembeli emas terbesar di dunia pada masa kini, turut mengalami kenaikan permintaan untuk pelaburan emas disebabkan dagangan emas yang semakin pesat di Pasaran Dunia. Perkara yang berlaku di negara-negara ini contohnya Sukan Olimpik, Asia dan sebagainya turut mengubah harga pasaran emas semasa.
3. Permintaan Bank Pusat Negara.
Kelembapan jualan produk ekonomi dan jumlah hutang yang ditanggung menyebabkan Bank-bank Pusat di setiap negara cuba membeli emas sebagai simpanan.
4. Kekurangan Pengeluaran Emas di Lombong.
Hampir semua pengeluar emas utama di dunia tidak mencapai target mereka dan kos pengeluaran serta pemprosesan yang semakin tinggi menyebabkan harga emas dunia semakin naik. Afrika Selatan sebagai negara pengeluar emas terbesar di dunia turut mengalami penurunan dalam pengeluaran emas mereka.
5. Permintaan Pelaburan.
Ramai mula menyedari keperluan untuk melabur dan menyimpan emas di dalam ekonomi sekarang menyebabkan permintaan untuk emas semakin tinggi dari hari ke hari.
Semua di atas antara lima faktor utama yang mempengaruhi harga emas di pasaran dunia, untuk anda di Malaysia, apakah bentuk pelaburan yang terbaik? Pelaburan emas adalah simpanan, dengan anda membeli emas, bermaksud anda membeli untuk menyimpan bagi satu tempoh masa dan jual apabila harga emas naik.
Kepada anda yang baru ingin bermula di dalam pelaburan emas, anda mungkin tertanya bila waktu sesuai untuk membeli?
Pertama: Lihat ekonomi dunia, adakah harga dollar semakin naik atau tidak? Jika dollar jatuh harga emas akan naik.
Kedua: apakah anda ada menyertau sebarang acara terbesar sama ada di China, India atau negara lain yang sinonim dengan Emas. Jika ada, ia mungkin waktu terbaik anda beli sebelum event tersebut. Harga emas yang naik ketika Piala Dunia di Afrika Selatan, Olimpik di Beijing dan Sukan Komanwel di India baru-baru ini, adalah bukti event di negara-negara tersebut mempengaruhi harga emas dunia.
Ketiga: Apakah Landskap ekonomi sekarang, harga emas akan naik ketika ekonomi dalam keadaan jatuh, seperti kejatuhan ekonomi dunia, kejatuhan matawang dollar dan sebagainya, seeloknya anda beli ketika ekonomi bergerak perlahan.
Keempat: Berapakah pengeluaran emas semasa, jika pengeluaran emas di lombong semakin rendah, harga emas akan naik.
Kelima: Sudah lamakah anda mendengar pelaburan emas? Pelaburan emas masih agak baru di negara kita, masih ramai yang tidak menyedari pentingnya melabur dengan emas. Jika ini kali pertama sampai ke telinga anda, maka jangan tunggu lagi untuk bermula, lebih awal anda bertindak, lebih banyak keuntungan.
Kadang-kadang ada yang bertanya, apakah jenis emas terbaik untuk mereka beli?  Ketahuilah emas mempunyai banyak jenis, ada 24 karat, 22k, 18k, 14k dan bermacam-macam lagi. Emas terbaik jawapannya tentulah emas 24 karat, atau orang tua di kampung lebih senang memanggilnya emas sepuluh atau emas 999. Emas 916 pula, bukannya tidak elok, tetapi peratus susut nilainya lebih tinggi berbanding emas 999. Emas putih pula sama sekali harus dielakkan untuk dibeli (bagi mereka yang berniat untuk menyimpan emas) kerana susut nilainya yang sangat tinggi malah ada banyak tempat emas putih tidak akan dinilai.
Apakah bentuk emas yang sesuai untuk pelaburan? Ada banyak pendapat mengatakan goldbar, dinar dan sebarang bentuk emas bukan perhiasan lebih sesuai untuk pelaburan. Itu pendapat mereka. Pelbagai pendapat kami kumpulkan untuk penelitian pembaca tetapi ramai yang memilih antara emas 999.9 dan juga emas 916, ini kerana:
Emas 916
1. Sesuai untuk pelaburan dan juga perhiasan dengan kepelbagaian rekabentuk yang menarik.
2. Upah yang berpatutan dikenakan bagi setiap barangan mengikut rekabentuk.
3. Mudah dijual semula.
4. Mudah dipajak di mana-mana pajak gadai atau al Rahnu. Kepelbagaian kualiti dan harga, modal bergantung kepada kemampuan kewangan individu.
5. Memerlukan modal yang sedikit rendah dan berbaloi.
6. Cantik dan mudah dibawa ke mana-mana. Sesuai digayakan sebagai perhiasan.
7. Ketulenan emas berbeza bergantung pada rekabentuk. Sekiranya jenis ‘kosong’ mutu emas biasanya tidak dapat dinilai dengan tepat berbanding emas     perhiasan ‘padat’.
8. Zakat perlu dibayar apabila cukup haul.
Emas 999.9
1. Sesuai untuk pelaburan dan juga perhiasan (emas jongkong untuk pelaburan semata-mata) dengan kepelbagaian rekebantuk yang terhad.
2. Tiada upah dikenakan, hanya berdasarkan berat.
3. Mudah dijual semula.
4. Mudah dipajak gadai di mana-mana bank dan pusat gadaian.Menerima pajakan emas pelaburan (kecuali Gold Bar sahaja).
5. Memerlukan modal yang agak tinggi tetapi berbaloi.
6. Cantik dan dibawa ke mana-mana dan sesuai digayakan sebagai perhiasan kecuali emas jongkong.
7. Ketulenan emas jongkong dapat dinilai dengan tepat.
8. Zakat perlu dibayar apabila cukup haul.

sumber : emas

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...