Saturday 19 October 2013

INFO : Pelaburan Emas Malaysia (Emas Fizikal)



Pelaburan Emas di Malaysia


Emas merupakan logam yang sangat istimewa. Warnanya yang menarik serta kesukaran mendapatkannya menyebabkan ia dianggap bernilai oleh manusia. Selain daripada dijadikan barang kemas emas juga menjadi penyimpan kekayaan yang paling unggul. Ini kerana ia tidak boleh
dibinasakan dan tidak akan hilang nilainya.

Justeru, menyimpan emas sebagai satu pelaburan merupakan tindakan yang amat bijak. Ini kerana nilainya sentiasa meningkat di dalam jangka masa panjang.

Bagaimana Membuat Pelaburan Emas di Malaysia?

Terdapat 2 cara membuat pelaburan emas di Malaysia iaitu
1. Pelaburan emas fizikal.
2. Pelaburan emas dengan membuka akaun simpanan emas.

Pelaburan Emas Secara Fizikal

Pelaburan emas secara fizikal boleh dibahagikan kepada 3 kategori iaitu:
1. Syiling emas.
2. Jongkong emas
3. Barangan kemas

Bagi memaksimumkan keuntungan pelabur disarankan untuk membeli emas fizikal di dalam bentuk syiling emas dan jongkong emas. Ini kerana syiling emas dan jongkong emas memiliki kelebihan seperti berikut:
1. Mudah dibawa.
2. Mempunyai saiz, bentuk dan berat yang standard.
3. Mudah ditunaikan.
4. Mempunyai perbezaan harga belian dan jualan yang rendah

Barang kemas bukanlah pelaburan emas yang baik kerana harganya yang tinggi disebabkan kos upah membuat barang kemas tersebut. Selain itu susut nilai bagi barang kemas adalah tinggi (25 % - 40%).

Institusi/Syarikat yang Menjual Syiling Emas.
Di Malaysia, terdapat 5 institusi/syarikat yang menjual syiling emas untuk pelaburan iaitu:
1. Maybank - Syiling Kijang Emas- http://www.maybank2u.com.my/
2. UOB Bank - http://www1.uob.com.my/webpages/b_treasury_gold.html
3. Dinar Emas Kelantan - http://dinarkel.com/
4. Public Fine Gold International Sdn. Bhd. Gold - http://publicgold.com.my/
5. Public Dinar - http://publicdinar.com/

Syiling emas yang terdapat di malaysia.

Gambar: Syiling Kijang Emas – Dijual di Maybank (cawangan tertentu)


Gambar: Canada Gold Maple - Dijual di UOB Bank (cawangan tertentu)


Gambar: Australian Kangaroo – Dijual di UOB Bank (cawangan tertentu)


Gambar: Singapore Gold Lion – Dijual di UOB Bank (cawangan tertentu) 


Gambar: Syiling Emas Public Gold


Gambar: Dinar emas Kelantan


Gambar: Dinar Emas Public Dinar

Jongkong Emas
Selain daripada syiling emas, pelaburan emas yang terbaik adalah dengan membeli jongkong emas. Ini kerana harga jongkong emas biasanya adalah hampir dengan harga emas antarabangsa, mempunyai ketulenan 999.9 serta mempunyai perbezaan harga belian dan jualan yang rendah.
Di Malaysia terdapat 3 jenis jongkong emas yang popular dan boleh
anda beli iaitu:
1. PAMP Suisse.
2. Poh Kong Bunga Raya.
3. Public Fine Gold International Sdn. Bhd.

Jongkong Emas Pamp Suisse
PAMP ini adalah singkatan bagi (Produits Artistiques Métaux Précieux) (artistic, precious metals products). PAMP yang berpangkalan di Switzerland merupakan salah sebuah syarikat yang terkemuka dunia dalam menulenkan logam berharga dan mengeluarkan produk-produk
daripada logam-logam berharga seperti perak, emas, platinum dan paladium.Emas keluaran PAMP ini diiktiraf mutu, kualiti dan ketulenannya di seluruh dunia. Kesemua gold bar PAMP mempunyai nombor siri dan juga sijil ketulenan.

Di Malaysia, terdapat 2 bentuk gold bar PAMP yang dijual iaitu Lady Fortuna dan juga jongkong dengan sijil berwarna merah jambu.Jongkong emas PAMP Suisse boleh dibeli di sesetengah kedai emas, Habib Jewel dan juga UOB Bank. Gold bar ini terdapat di dalam 2 bentuk:

Gambar: PAMP Suisse dengan sijil merah jambu


Gambar: Gambar jarak dekat jongkong emas PAMP Suisse


Gambar: PAMP Suisse Lady Fortuna

Jongkong Emas Poh Kong Bunga Raya Kedai Emas Poh Kong ada menjual jongkong emas keluaran mereka sendiri. Ia dinamakan jongkong emas Bunga Raya.

Gambar: Jongkong Emas Poh Kong Bunga Raya

Jongkong Emas Public Fine Gold International Sdn Bhd. (Public Gold)
Public Gold merupakan syarikat yang mengeluarkan jongkong emas untuk tujuan pelaburan.
Jongkong emas yang dijual mempunyai berat 20 gram, 50 gram, 100 gram dan 1 kg.
Setiap jongkong emas mempunyai sijil ketulenan dan nombor sirinya yang tersendiri.


Gambar: Jongkong Emas 20 gram, 50 gram dan 100 gram Public Gold.


Bersambung..

sumber : shukor hashim

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...