Tuesday 10 September 2013

TIPS : CARA SEMAK NOMBOR PENDAFTARAN SYARIKAT SSM



Seperti yang anda sedia maklum cara biasa untuk membuat semakan adalah melalui laman SSM. Tapi masalahnya kena daftar dan login terlebih dahulu lepas tu cookie dari web tu cepat je expired, lepas tu kena login balik. Leceh sikit. jadi saya telah bina satu alternatif untuk semakan ni. Harapnya memberi manfaat.

Contoh hasil dari semakan :

Sebenarnya sistem ni boleh semak nombor pendaftaran dan juga nama syarikat/perniagaan tapi untuk yang bahagian nama "search name" tu saya tak galakkan anda guna sebab ambil masa yang agak lama (up to 3 minutes loading).

Panduan untuk semak, PENTING!!!

1. Mula-mula layari laman ni

Semakan Maklumat Syarikat dan Perniagaan dari SSM

Alternatif link : http://aplikasi1.moha.gov.my/esyarikat/pemohon/syarikat.php

2. Dapatkan nombor pendaftaran

Contoh kalau nombor pendaftaran macam ni:
123456-P

Dalam ruangan "Search Registration Number :" masukkan 123456 sahaja yang P tu tak perlu.


3. Isikan ruangan "Enter the message as it's shown *" ,
Saya kena letak juga bot verification nak elak abuse query dari orang yang tak bertanggungjawab.

4. Tekan button submit, dan tunggu keputusan keluar.

sumber : mahadirnetwork


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...