Saturday, 19 October 2013

INFO : Pelaburan Emas Malaysia (Akaun Simpanan Emas)


Pelaburan Emas Melalui Akaun Simpanan Emas



Selain daripada membuat pelaburan emas melalui emas fizikal, pelabur di Malaysia boleh membuat pelaburan emas dengan cara membuka akaun simpanan emas.


Di Malaysia, terdapat beberapa bank yang menawarkan pelaburan akaun simpanan emas

  • CIMB Bank Gold Deposit Account (GDA)
  • Kuwait Finance House KFH Gold Account – i (GAI)
  • Maybank Gold Savings Passbook Account (GSPA)
  • Public Bank Gold Investment Account (GIA)
  • United Overseas Bank Gold Savings Account (GSA)
Fakta tentang akaun simpanan emas :
  • Harga buku emasnya lebih murah dari harga emas sebenar kerana ia hanya ditulis di atas kertas berbanding emas sebenar yang boleh dipegang,dijual –beli,dipakai dan dipajak bila perlu.
  • Buku emas kalau hilang boleh ganti dengan buku baru
  • Duit kita bank yang jaga dan gunakan sebagai modal bank berniaga.
  • Jika buku hilang boleh ganti dengan buku baru tapi jika duit dalam buku itu hilang bank tak ganti kerana tidak dilindungi PIDM
  • Akaun simpanan emas (gold saving acc) Maybank/Public Bank/CIMB bank di bawah konvensional banking kerana tidak memenuhi syarat panel penasihat syariah bank.
  • Syarat untuk patuh syariah, beli emas mesti dapat emas, bukan beli emas dapat buku bank.
  • Konvensional banking ini sebenarnya khas untuk menarik pengguna bukan islam yang takut dengan produk patuh syariah untuk beli buku emas ni. walaubagaimanapun bank tidak melarang orang Islam untuk beli produk yang tak patuh syariah ini.
ps: Sebagai umat Islam sejati,anda dinasihatkan peka dengan halal haram serta menjauhi perkara
yang shubhah dan gharar.


Jika nak jaga rezeki kita dari sumber yang halal dan patuh syariah, beli emas yang boleh dapat emas
fizikalnya.


CIMB BANK VS. KUWAIT FINANCE HOUSE VS. MAYBANK VS. PUBLIC BANK VS. UNITED OVERSEAS BANK
 


Kuwait Finance house menawarkan akaun simpanan emas yang menepai syariah. Emas Fizikal diberikan kepada pelabur. Pelabur diberi pilihan untuk menyimpan sendiri atau disimpan oleh pihak bank tanpa sebarang kos.

Sumber : google 
 

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...